
Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku masih bernyawa..aku masih lagi bernafas seperti insan lain..walaupun pada zahirnya diriku umpama mayat hidup..yang lemah..longlai tidak lagi seperti dahulu..yang dahulunya ceria..sering tersenyum..tetapi kini..semuanya berbeza..diriku semakin hari semakin lemah..lemah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian dan liku-liku kehidupan..yang entah sampai bila akan berakhir..mungkin ini jalan takdirku..aku redha..redha menerima walau apa sahaja ujian daripadaMU Ya Rabb..dan Kau ikhlaskanlah hatiku ini untuk menempuh segala-galanya..Kau kuatkanlah hatiku ini Ya Rabb..kerana diriku tidak akan berdaya tanpa pertolongan daripadaMu..Engkau lupuskanlah segala rasa yang ada pada diriku ini secepat mungkin..engkau lupuskanlah segala kenangan yang pernah termeterai suatu ketika dahulu..aku mohon kepadaMU Ya Rabb...pertemukanlah aku dengan seseorang yang benar-benar ikhlas mencintai diriku ini seadanya diriku ini..kerana aku mencari cinta yang abadi..cinta yang berlandaskan agamaMu Ya Rabb..janganlah engkau pertemukan aku dengan seseorang yang memesongkan akidah diriku ini Ya ALLAH..janganlah engkau pertemukan aku dengan seseorang yang melalaikan aku daripada agamaMu yang suci ini Ya Allah..
Awak sy maafkan awak.. jangan lah awak rase bersalah terhadap saya.. bukan kehendak kita namun apakan daya.. takdir telah menentukan segala-galaya bahawa saya bukan milik awak didunia ini dan diakhirat kelak... saya lepaskan awak pergi..saya doakan awak bahagia dan tercapai segala cita-cita yang awak impikan... maafkan segala salah silap saya.. seandainya terkasar bahasa.. tingkah laku yang agak terlampau.. halalkan makan dan minum saya.. saya redha mungkin ini ujian buat kita.. saya pasrah.. kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.. awak doakan lah saya supaya saya tabah dan kuat dalam membuat keputusan ini.. maafkan saya mungkin ini yang terbaik buat awak dan saya...
No comments:
Post a Comment