Friday, 22 November 2013

Redha kan lah aku...


Kadangkala saat kita memerlukan manusia, manusia sering menghampakan kita.Sering mengecewakan kita.Sering membuatkan hati kita terluka.Begitulah jika sering mengharapkan kpd manusia.Tetapi,jika kita bergantung & mengharap kpd Allah swt, tidak sekalipun Allah menghampakan kita.Mengecewakan kita.Jauh sekali melukakan hati kita...

Beradanya aku d sini kerana Allah.Kentalnya aku d sini kerana Allah.Sabarnya aku kerana Allah.Dan pasrahnya aku kerana Allah.Semoga pengorbanan ini tidak tergugah.Semoga perjalanan ini tidak rebah..Semua ini akan ku redah,hingga ke jalan penyudah...Amin ya rabb~

No comments:

Post a Comment