Saturday, 30 November 2013

Allah Tetap Cinta!




Ketar,
Mengenang dosa silam,
Gugup,
Bakal diterimakah taubatku ini Tuhan?

Tika kaki mulai melangkah,
Menelusuri lorong tarbiyah,
Meneliti di segenap ruang,
Malu,
Melihat mereka umpama malaikat,
Sedang aku lumpur,hina,jijik.

Seringkali tertunduk,
Mengurai dosa lama,
Bertanya,
"Wahai Tuhan, apakah ada lagi keampunan?"
Terdiam,
Tuhan itu penuh berahsia,
Selaut dosa,
Segunung maksiat,
Masih tercurah rahmat.

Tadahkan doa,
Mohon padanya,
Allah tetap cinta!
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat-Nya. 
Sungguh Dia mengampuni semuanya."-[QS Az-Zumar:53]

Resahku Siapa Tahu




Cinta mu bagai awan berarak...
Dari indahnya dengan warna putih
Tanpak sejuk dan menyegarkan
Kini menjadi kelabu....

Telah hilang keindahan maya pada
Telah hilang payung cinta
Kini kian layu
seakan berlalu...

Kini awan menjadi beku
Hilang sudah keramahan
Kian menggumpal
Pekat seakan mendung kelam

Itulah resahku
Tentang cinta mu yang kian pudar
Diri ini kian terlupakan
Dan tanpa menoleh kepadaku
Walau sesaat mengobat rinduku

Wahai awan cinta ku
Teduhkan hatinya dengan anggun mu
Pesonakan jiwanya dengan putihmu
Secerah langit cintaku di siang hari
Segemerlap bintang rinduku di malam hari

Sebening embun sejuk
merasuk di fajar menyeringai
Sehangat sentuhan mentari pagi
Aduhai... resahku siapa yang tahu...

Friday, 22 November 2013

Saya Maafkan Awak


Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku masih bernyawa..aku masih lagi bernafas seperti insan lain..walaupun pada zahirnya diriku umpama mayat hidup..yang lemah..longlai tidak lagi seperti dahulu..yang dahulunya ceria..sering tersenyum..tetapi kini..semuanya berbeza..diriku semakin hari semakin lemah..lemah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian dan liku-liku kehidupan..yang entah sampai bila akan berakhir..mungkin ini jalan takdirku..aku redha..redha menerima walau apa sahaja ujian daripadaMU Ya Rabb..dan Kau ikhlaskanlah hatiku ini untuk menempuh segala-galanya..Kau kuatkanlah hatiku ini Ya Rabb..kerana diriku tidak akan berdaya tanpa pertolongan daripadaMu..Engkau lupuskanlah segala rasa yang ada pada diriku ini secepat mungkin..engkau lupuskanlah segala kenangan yang pernah termeterai suatu ketika dahulu..aku mohon kepadaMU Ya Rabb...pertemukanlah aku dengan seseorang yang benar-benar ikhlas mencintai diriku ini seadanya diriku ini..kerana aku mencari cinta yang abadi..cinta yang berlandaskan agamaMu Ya Rabb..janganlah engkau pertemukan aku dengan seseorang yang memesongkan akidah diriku ini Ya ALLAH..janganlah engkau pertemukan aku dengan seseorang yang melalaikan aku daripada agamaMu yang suci ini Ya Allah..

Awak sy maafkan awak.. jangan lah awak rase bersalah terhadap saya.. bukan kehendak kita namun apakan daya.. takdir telah menentukan segala-galaya bahawa saya bukan milik awak didunia ini dan diakhirat kelak... saya lepaskan awak pergi..saya doakan awak bahagia dan tercapai segala cita-cita yang awak impikan... maafkan segala salah silap saya.. seandainya terkasar bahasa.. tingkah laku yang agak terlampau.. halalkan makan dan minum saya.. saya redha mungkin ini ujian buat kita.. saya pasrah.. kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.. awak doakan lah saya supaya saya tabah dan kuat dalam membuat keputusan ini.. maafkan saya mungkin ini yang terbaik buat awak dan saya... 

Redha kan lah aku...


Kadangkala saat kita memerlukan manusia, manusia sering menghampakan kita.Sering mengecewakan kita.Sering membuatkan hati kita terluka.Begitulah jika sering mengharapkan kpd manusia.Tetapi,jika kita bergantung & mengharap kpd Allah swt, tidak sekalipun Allah menghampakan kita.Mengecewakan kita.Jauh sekali melukakan hati kita...

Beradanya aku d sini kerana Allah.Kentalnya aku d sini kerana Allah.Sabarnya aku kerana Allah.Dan pasrahnya aku kerana Allah.Semoga pengorbanan ini tidak tergugah.Semoga perjalanan ini tidak rebah..Semua ini akan ku redah,hingga ke jalan penyudah...Amin ya rabb~

Sunday, 17 November 2013

Bahaya Onani



story kali ni agak lucah sikit.. tpsakura tau ramai kat luar sane suke buat...
jangan tipu hokey... bile sakura on9 mirc , ym bkn main lg rmi suke beronani...
ok rini sakura dapat la satu info dr richandfamousnetwork
mengenai bahaya onani.. 


KISAH BENAR AKIBAT ONANI MELANCAP DAPAT ANAK DENGAN JIN 

Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

Anak-anak jin Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat. Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada? Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. 

Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia. Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak. 

Kata Azan kepada saya, 

“Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun. Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”

Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.

Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?. 

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama. Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini. 

Firman Allah : 

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38) “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)

sumber dari ----> mazeermohammad.com , richandfamousnetwork

MENGAPA SEPI TANPA BERITA - THE STEPS


MENGAPA SEPI TANPA BERITA - THE STEPS 

Sejak kepergianmu
Fikiranku sering terganggu
Perasaan semakin rindu padamu 
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Tiap saat ku menunggu 

Hatiku tertanya tanya 
Apa khabar kau disana 
Mengapa sepi tanpa berita 
Kirimkanlah beritamu
Walau sebaris ayat 
Buat penawar rinduku

Masihkah kau ingat diriku disini 
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diriku tak mungkin melupakanmu
Kerna ku masih menyintaimu

Masihkah kau ingat suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita 
Lupakah kau pada peristiwa itu 
Kini kau berubah hati ......


Sunday, 10 November 2013

Bagaimanakah Melupakan Si Dia?




“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita. Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita. Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita.

Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya. Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil. Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang.

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya. Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Tidak perlu lagi kenangan masa dahulu. Hapus dan buang jauh – jauh dari hati. Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar.

Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

Tidak boleh melupakan?
Boleh? Apa yang tidak boleh?

Semuanya boleh apabila kita serius berusaha. Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti. Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah.

Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah. Kepalkan tangan, kita pasti boleh!

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang – bayang si dia. Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita.

Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa. Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.

Masalah ini adalah manis!

Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa. Kencang dan lambat hilang. Tetapi semua ada masanya. Memang harus seperti ini. Normal.

Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)