Tuesday, 8 October 2013

PERKAHWINAN adalah satu alam persekolahan


PERKAHWINAN adalah satu alam persekolahan yang sijil diberikan sebelum dikau memulakannya

Sekolah ini tiada waktu rehat
Sekolah ini tiada cuti sakit atau cuti apapun
Sekolah ini perlu kehadiran setiap hari dalam kehidupanmu
Dan tiada peluang graduate dari sekolah ini

Sekolah ini ciptaan Yang Maha Mengasihi
 Asasnya cinta dan kasihsayang
 Dikukuhkan dengan dinding kepercayaan
 Pintunya luas dengan penerimaan
 Jendelanya penuh kefahaman
 Perabutnya dari rahmah
 Atapnya keyakinan

Usah lupa bahawa dikau hanya pelajar sedangkan pengetuanya ialah Yang Maha Esa

Jangan leka, sentiasalah komunikasi..dengan teman sekolahmu dan tuan Pengetua

Usah malas, ulangkaji selalu KitabNya dan amalkannya

Kekadang tergoda untuk berhenti sekolah atau ponteng kelas- kuatkan semangatmu 
Ujian dan dugaan adakala terasa amat berat- ketahuilah Pengetua Maha Mengetahui yang mampu dikau tanggung

Banyak mata pelajaran di sekolah ini tapi CINTA adalah subjek utama 

Di sini tiada lagi teori, malah dikau akan praktis Cinta 
Mencintai dan dicintai adalah satu Rahmat dariNya
Pilihannya ditanganmu, BINA ianya atau ROBOHkan ianya?


No comments:

Post a Comment