Thursday, 12 September 2013

Ujian dan Dugaan


Badai ujian dan dugaan di dalam kehidupan rumahtangga akan hadir tanpa mempedulikan samada kita bersedia ataupun tidak,ianya akan datang dengan tiba-tiba. Pelbagai maslah kehidupan rumahtangga selalu saja datang silih berganti. Dari masalah kesihatan, konflik rumahtangga yang datang tiada hentinya mahupun masalah anak-anak dengan kenakalannya. Bertawakallah kepada ALLAH!

Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh ALLAH SWT, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

No comments:

Post a Comment