Friday, 13 September 2013

Indah nya Keluarga


Bahagianya seorang isteri, apabila suami memahami beban dan keletihan harian isterinya, dengan mengucup dahinya sebelum ke pejabat, semasa pulang ke rumah dan sebelum tidur, menggenggam erat tangannya semasa berjalan dan mengucapkan ‘Terima kasih’ pada setiap perkara yang sebelum, sedang serta akan datang.

Tenangnya seorang suami, apabila isteri menyokong suaminya, dengan sentiasa tersenyum tenang dan sentiasa memohon maaf biarpun tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Gembiranya anak-anak, apabila ibubapa sentiasa ada bersama mereka, dengan sering mendengar cerita-cerita, masalah-masalah dan juga keinginan mereka biarpun keinginan mereka itu tidak tertunai; yakinlah mereka bahawa, ibubapa mereka amat menyayangi mereka.

Indahnya Keluarga, apabila Syariat ALLAH ditegakkan, sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam diamalkan, dengan yakin dan istiqomah.

No comments:

Post a Comment