Tuesday, 17 September 2013

Bersangka baik lah pd semua org


Hidup ni ada pilihan. Kita boleh pilih samada kita nak duduk rumah main fesbuk sepenuh masa atau keluar bekerja. Kita juga boleh pilih untuk malas belajar dan berharap kita menang loteri atau masuk AF jadi superstar dan terus kaya. Kita juga boleh pilih untuk menjadi aktivist memberi pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan sambil menyalahkan orang lain yang kaya dan senang. Kita boleh pilih untuk terus berlagak sosialis, namun dalam hati penuh dengan sifat kapitalis. Kita juga boleh pilih untuk tinggalkan kerjaya yang baik dan lumayan gajinya, untuk satu kehidupan yang struggle, membantu orang dan tidak tentu untung nasibnya. 

Semua pilihan di tangan kita.

Namun setiap pilihan yang kita buat, akan ada hasil dan akibat.

Pilihan adalah kebolehpercayaan. Kita pilih, apa yang kita percaya, dan setiap kepercayaan akan menghasilkan akibat. Buruk atau baik akibat yang kita terima, bukanlah kesalahan atau kebetulan sesiapa, melainkan puncanya dari kita.

Ya. Memang tinggi bezanya antara pengayuh basikal yang menjinjing beras dan minyak masak di tengah terik, dengan penekan pedal GOLF GTI di dalam aircond yang sejuk.

Tapi pernahkah kita terfikir,
Mungkin pengayuh basikal tu sebenarnya penjudi, malas sembahyang, dan kaki maksiat yang masih belum bertaubat. Hanya kerana keluhan susah dibawah panas terik, sudah membolehkan beliau kelihatan mulia di sisi Tuhan?

Mungkin kita tidak tahu juga, yang sebenarnya penekan pedal GOLF GTI tu seorang yang baik budi, pemurah, bertaqwa dan sentiasa beramal soleh. Hanya kerana dia berkereta sudah membolehkan masyarakat memandangnya serong kepadnya?

Memancing pengaruh golongan bawahan dalam mengembangkan kumpulan aktivisme itu tidak salah. Yang jadi salah apabila menjadikan golongan atasan/lebih bernasib baik sebagai pemegang kunci kesusahan dan meletakkan semua kesalahan kepada mereka tanpa sekelumit pun menengok dan menyalahkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment