Anakku...
Bondamu ini tidak inginkan hartamu..
Bondamu ini tidak inginkan wangmu..
Bondamu ini hanya inginkan masamu..
Bondamu ini hanya inginkan kasih sayangmu..
Dengarkan rintihan derita di hati bondamu ini, wahai anakku..
Sayu bayu menyapa wajah lesu bonda..
Membawa ke lampau lama..
Yang masih terpalit di dada..
Kisah dan kenangan suka dan duka..
Yang tersimpan dan tak pernah lupa..
Sekalipun pada usia di akhir senja..
Anakku..
Masih segar suara manjamu..
Ku dengar tangismu tawamu..
Juga ketika kau berkejar-kejar..
Di ruang laman ini.. Di ruang taman ini..
Di ruang rumah kita yang sudah dimakan usia kini..
Masih ku dengar jeritanmu memanggilku..
Masih ku terhidu bau lunak dari tubuh keanakkanmu..
Masih ku tergambar tika ku mendidikmu dengan sabar..
Masih ku rasa mencurah luah keringat yang diperah..
Agar kau menjadi insan bertuah..
Masih ku terasa sejuknya air mata cinta..
Bila melihat kau tersenyum gembira..
Masih ku berdo’a seperti dulu untuk kebaikanmu..
Semalam yang telah berlalu..
Bagiku masih baru masih mekar dan segar..
Sesegar cintaku yang tidak pernah beku..
Sesegar kasihku yang tidak pernah layu..
Tidak akan pernah layu……….
Namun maafilah daku..
Air mata ini ku kira tidak mahu sabar..
Tanpa ku undang ia terus menerjah keluar..
Ombak duka di dada ini tidak mahu reda..
Tanpa ku ajak terus badainya memukul sebak..
Mengapa tidak………
Pada baki usia yang ada..
Pada detik bagimu jasaku hampir dilupa..
Tinggallah tubuh yang usia membilang hari..
Tanpa hadirmu atau hadirmu tanpa tawa..
Bila engkau sudah dewasa dan berjaya..
Untuk apa tersenyum bersenda tertawa..
Menghabis masa dengan seorang perempuan tua..
Perempuan tua yang hanya mungkin meminta..
Dan tidak lagi memberi apa-apa jasa…
Anakku…..
Namun akulah bondamu yang tulus sabar..
Yang menunggu engkau membesar…
Mengabdikan diri menabur bakti tanpa henti…
Anakku…
Pada hari engkau di usia ini nanti..
Tentu kau akan faham..
Derita hati seorang bonda yang sunyi..
Anakku...
Walau apapun yang terjadi..
Walaupun nyawa sebagai galang ganti..
Bondamu ini sentiasa mendo'akanmu..
Hanya itu yang mampu bonda berikan di usia tua ini..
Bonda tidak mampu memberi apa-apa lagi..
Jagalah dirimu baik-baik anakku.....
Apabila dirasakan penghujungnya sudah hampir tiba..
Ingin aku katakan bahawa diri ini terlalu merinduimu anakku..
Sekiranya diri ini berdosa membesarkan engkau..
Ampunkanlah dosa bonda...

.jpg)
No comments:
Post a Comment